Thursday, October 1, 2009

BEGINI SEHARUSNYA PEMUDA!

Pengenalan


"Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang di jalanNya, semakin bersemangat dalam merealisasikannya dan kesiapan untuk beramal dan berkorban dalam mewujudkannya. Keempat rukun ini(iman, ikhlas, semangat dan amal) merupakan karakter yang melekat pada diri PEMUDA kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertaqwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda."
(as-Syahid Imam Hasan al-Banna)

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam sejarah islam ataupun peradaban dunia, pemuda ditakdirkan mempunyai peranan di antaranya sebagai agent of change (agen perubahan). Menurut Imam as-Syahid Hasan al-Banna, perbaikan sesuatu umat itu tidak akan wujud kecuali dengan perbaikan individu yang dalam hal ini adalah pemuda. Perbaikan individu(pemuda) tidak akan berjaya kecuali dengan perbaikan jiwa. Perbaikan jiwa tidak akan berhasil kecuali dengan pendidikan(tarbiyyah) dan pembinaan. Yang dimaksudkan dengan pembinaan adalah membangun dan mengisi akal dengan ilmu yang berguna, mengarahkan hati untuk berdo'a serta menggiatkan jiwa ke arah instropeksi diri.

Pemuda kontemporari dan pemuda terdahulu

Pemuda kontemporari perlu mengambil contoh peristiwa-peristiwa yang melibatkan pemuda yang terdahulu di mana mereka yang mencorakkan sejarah dan menjadi pemuda yang dinamik, bukan statik.

Sebagai contoh yang cukup popular adalah kisah ashabul kahfi.

"Sesungguhnya mereka adalah pemuda yang beriman kepada Rabbnya dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.."
(al-Kahfi:13)

Pemuda sebagai tunggak kepada kekuatan ummah seharusnya mempunyai aqidah Islam yang teguh, kefahaman Islam yang jitu, akhlak Islam yang mantap dan semangat keIslaman yang waja. Pemuda Islam mesti menyedari tanggungjawab mereka sebagai harapan agama dan ummah iaitu:

1) untuk mengabdikan diri kepada Allah swt

2) untuk berkomitmen dengan manhaj Rabbani dan memperjuangkannya

3) Membantu membangunkan ummah dan negara Pemuda Islam juga harus menyedari asas-asas kekuatan mereka sebagai seorang muslim di mana tanpanya mereka tidak akan mampu merealisasikan tanggungjawab mereka itu.

Asas-asas kekuatan itu ialah:

  • iman yang mantap di dalam jiwa
  • keikhlasan yang semata-mata kerana Allah swt dan mencari keredhaanNya
  • keazaman yang kukuh, yang tidak pernah mengenal erti takut, segan dan malu
  • amal/kerja yang bersungguh-sungguh dan berterusan tanpa jemu dan malas
  • pengorbanan yang tinggi yang tidak mengenal kecuali menang atau syahid
Konklusi

Pemuda yang sebenar tidak akan gentar dengan sebarang ancaman atau ugutan yang dilontarkan terhadap mereka kerana mereka mempunyai sebenar-benar kepercayaan dan keimanan bahawa tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah swt dan tiada yang layak untuk ditakuti atau digeruni melainkan Allah swt selagi mana segala yang dilakukan tidak bertentangan dengan syariat Islam.


0 comments:

Quotation of the Day