
Semalam merupakan hari pendaftaran pelajar baru di IIUM kampus Kuantan. Seramai lebih kurang 500 orang pelajar mendaftar. Saya teringat ketika saya mula-mula mendaftar dulu. Semangat yang membara untuk memulakan kerja-kerja Islam di tempat baru. Semangat untuk membentuk diri ini menjadi lebih baik.
Namun, setelah hampir setahun berlalu, semakin merasakan diri ini lemah dan lemau. Di mana perginya semangat yang membara pada mula-mula dulu? Hendak dipersalahkan memang fitrah iman manusia yang yazid wa yanqus?? Betapa saya merasai keperluan bersama golongan yang soleh. Tetapi, situasi apabila sudah berada di universitas ini, seseorang itu harus tahu bagaimana untuk membawa diri. Saya kadangkala merasa cemburu dengan mereka yang mengambil bidang pengajian Islam. Mereka diingatkan dan didekatkan dengan agama sentiasa. Malah assignment yang mereka perlu lakukan adalah membedah agama dan al-Quran serta hadith.
Bagi mereka yang seperti saya, perlu ada inner will untuk melakukan perkara-perkara itu kerana tiada siapa yang akan memaksa atau menyuruh. Maka, nasihat saya bagi pelajar yang baru mendaftar ini walaupun saya merasakan mereka jauh lebih hebat dan kuat(dari sudut batin mereka) daripada saya, terimalah nasihat ini walau sedikit cuma. Istiqamahlah dalam amalan dan pastikan kita sentiasa didampingi oleh mereka yang boleh mengingatkan kita ketika kita lalai. Saya harap dengan kehadiran kalian dapat membantu diri ini juga.
Wednesday, July 8, 2009
GARDEN OF KNOWLEDGE AND VIRTUE
Tuesday, July 7, 2009
REJAB
Pengertian
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rejab
Peta kedudukan Habsyah (Ethiopia).
Baitul Muqaddis (al-Quds)
Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2. Isra’ dan Mi’raj
Isra’dan Mi’raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.
Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi’tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi’tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.
Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya “At-Tobaqatil Qubra”, bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)
3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.
Friday, July 3, 2009
AL-FATIHAH
MasyaAllah..baru petang tadi saya g ziarah arwah. Masih sedarkan diri dan mampu bercakap walau dalam keadaan lemah. Wajah arwah pada ketika itu lain sekali. Cengkung. Tak terkata hati ini bila melihatkan sahabat seperjuangan yang menderita.
Semenjak saya mula mendapat mesej mengatakan keadaan Nabil, saya terpanggil untuk ziarah. Banyak halangan sebenarnya untuk saya ke sana. Asalnya, mak saya suruh saya pergi pada hari Sabtu ni. Namun, hati ini tetap ingin pergi pada hari Khamis semalam.
Untuk masuk ke wad arwah ketika itu hanya dibenarkan dua orang sekali masuk dan perlu memakai penutup muka. Alhamdulillah, arwah masih boleh kenal saya. Dia kuatkan diri untuk cuba berborak, tapi saya nasihatkan dia supaya berehat lantas kami segera keluar supaya tidak mengganggu.
Pulang dari Teluk Intan, badanku terasa letih seluruhnya. Aku terlelap sehingga ke malam. Tengah malam tu, aku mendapat mesej yang mngatakan Nabil sahabatku yang baru aku lawat tadi telah kembali ke Rahmatullah. Innalillah..ya Allah.. tepat betul perancangan Allah swt. Hanya beberapa jam sahaja bezanya.
Alhamdulillah, saya masih sempat bertemu dengan arwah. Takziah buat keluarga Nabil, mak dan ayahnya, Kak Nor.. semoga kalian tabah. Sesungguhnya Allah lebih mengasihi Nabil dan dia dikembalikan pada malam Jumaat. Al-Fatihah.
Thursday, July 2, 2009
BUAT SAHABATKU
Buat sahabatku Nabil bin Marwan yang sekarang sedang terlantar di hospital. Sesungguhnya Allah swt menyayangimu kerana mengujimu dengan sebegini hebat. Alangkah bertuahnya engkau kerana Allah swt merinduimu dan mengingatimu sedangkan terlalu ramai di luar sana yang terabai dan dibiarkan terus hanyut.
Aku berdoa buatmu sahabat agar engkau sembuh dari penyakit misterimu. Namun, semuanya ditentukan oleh Allah swt. Aku juga berdoa agar dirimu dan keluargamu tabah menghadapi ujian yang menimpa ini. Semoga dengan ujian ini menjadikan kita semua semakin hampir denganNya.
p/s: sahabat saya ini sekarang tidak sedarkan diri setelah lama di hospital teluk intan. Sehingga sekarang, tiada diagnosis dari doktor mengenai penyakitnya. Organ dalamannya rosak dan dia semakin tenat dari hari ke hari. Saya akan menziarahi dia pada hari ini. Saya minta kepada semua yang mengenali atau tidak sahabat saya ini utk mendoakannya. Semoga doa kalian dibalas oleh allah swt kelak.
Tuesday, June 30, 2009
TRIBUTE TO MICHAEL JACKSON
Salam. Sebenarnya da lama dah nak post tentang ni. Tapi tak berkesempatan dan ada benda lain menyusul dulu. Arwah michael jackson merupakan seorang lagenda selepas Elvis Preley. Siapa yang tak kenal bila disebut namanya. Saya membesar dengan lagu-lagu beliau(biasala..family kontemporari).
Terdapat skandal yang mengatakan beliau mati dibunuh bagi mengelakkan beliau mengadakan konsert terakhir beliau di mana beliau akan mengisytiharkan pengIslaman beliau kepada seluruh dunia. Wallahua'lam. Cuma apa yang diharapkan adalah semoga roh beliau ditempatkan di tempat orang-orang yang dirahmati Allah. Sungguh beruntung beliau menerima hidayah Allah sebelum kembali bertemu denganNya.
Ni antara lagu fav saya..lagu ni mempunyai maksud yang mendalam. Enjoy..
HEAL THE WORLD
There’s a place in your heart
And I know that it is love
And this place could be much
Brighter than tomorrow
And if you really try
You’ll find there’s no need to cry
In this place you’ll feel
There’s no hurt or sorrow
There are ways to get there
If you care enough for the living
Make a little space
Make a better place …
Heal the world
Make it a better place
For you and for me
And the entire human race
There are people dying
If you care enough for the living
Make it a better place
For you and for me
If you want to know why
There’s love that cannot lie
Love is strong
It only cares of joyful giving
If we try we shall see
In this bliss we cannot feel
Fear or dread
We stop existing and start living
The it feels that always
Love’s enough for us growing
So make a better world
Make a better place …
Heal the world
Make it a better place
For you and for me
And the entire human race
There are people dying
If you care enough for the living
Make a better place for you and for me
And the dream we were conceived in
Will reveal a joyful face
And the world we once believed in
Will shine again in grace
Then why do we keep strangling life
Wound this earth, crucify its soul
Though it’s plain to see
This world is heavenly
Be god’s glow
We could fly so high
Let our spirits never die
In my heart I feel you are all my brothers
Create a world with no fear
Together we cry happy tears
See the nations turn their swords into plowshares
We could really get there
If you cared enough for the living
Make a little space
To make a better place …
Heal the world
Make it a better place
For you and for me
And the entire human race
There are people dying
If you care enough for the living
Make a better place for you and for me
…
There are people dying
If you care enough for the living
Make a better place for you and for me
…
You and for me …
p/s: jika dibuat kajian, artis2 yang terkenal di dunia adalah mereka yang menerapkan unsur-unsur kemanusiaan, kehidupan di dalam lagu atau lakonan mereka. Bukan mereka yang sekadar menyanyikan lagu berunsur cinta antara lelaki dan perempuan.
Monday, June 29, 2009
PROGRAM SEK DATO' HARUN
Alhamdulillah, hari ni berjaya dilaksanakan program motivasi bagi pelajar tingkatan 1 sekolah menengah Dato' Harun.
Program ni hanya mengambil masa bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang. Masa yang sebentar ini diisi dengan slot dan aktiviti di dalam kumpulan.
Walaupun masa sekejap tidak menjanjikan impak yang besar kepada pelajar ni, namun kami berharap program ini dapat menjadi permulaan kepada perubahan adik2 ni ke arah yang lebih baik.
Dalam aktiviti dalam kumpulan, saya diarahkan untuk mengendalikan kumpulan lelaki. al-maklumlah pada hari ini tiada fasi lelaki yang hadir. Sebelum ni paling2 pun kendalikan kumpulan yang campur lelaki dan perempuan, tak pernah lagi semua lelaki. Nasib baik kecik2. Pengalaman pertama mengajar saya pelbagai perkara.
Akhir sekali slot muhasabah yang juga dikendalikan oleh saya. Rasa nak tercabut tekak. Masa dalam kumpulan kena jerit2 sebab drg sume hyper..xdengar apa yang orang nak cakap. Masa muhasabah pun sama, cuma awal2 je hyper. Dah masuk klimaks, semua senyap dan tundukkan kepala..alhamdulillah, mereka masih boleh dibentuk.
Fasi lain yang hadir kebanyakan mengadu bahawa ahli kumpulan xdengar cakap la..susah nak handle la..macam2 lagi. nasib baik ahli kumpulan saya 'baik'..huhu..masih dengar cakap lagi..walaupun lepas dua tiga kali jerit.
Overall..good program. Saya bayangkan andaikata setiap tahun mereka diberikan program sebegini, insyaAllah kebarangkalian mereka menjadi insan yang berguna lebih tinggi. Kita tidak boleh mengabaikan mereka atau sekadar marah dan paling kepala kerana mereka masih punya hati dan perasaan serta perlukan dorongan dan bimbingan mereka yang masih prihatin.
p/s: tiada gambar dlm post ni sbb xsempat nak amk gambar..sibuk layan budak2 tu..
Saturday, June 27, 2009
5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan
lima wasiat, antaranya :![]()
· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia
ini untuk engkau.
· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan
mereka.
· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu
adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada
saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami
wasiatkan
kepada kamu 7 perkara, iaitu :
· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan
agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."
semenjak dua menjak ni posting saya banyak benda yg kurang berfaedah. semoga entri ni memberi manfaat kepada kita bersama.
~siiru 'ala barakatillah~
lalala..owh..tertag..!!
Perkara2 yang perlu anda lakukan ialah:
1) Copy gambar amal Islam di bawah. Copy satu post ni pun tak ape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye gitu..

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Lebih2, lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah. Calon-calon terpilih:
-yana
-mada
-fizah
-irma
-hazirah
-izzati
-izzatul
-laila
-maziah
-muni Read More..!
Tuesday, June 23, 2009
ttttttaaaagggg....
1. apa perasan sekarang![]()
letih..baru hbs exam..
2. saya nak makan
italian food..da lama gile xmakan pizza..dekat setahun da..
3. saya x suka
fail exam..walaupun xpenah..mmg xsuke..doakan exam baru2 ni excel eh..
4. impian saya
nak masuk syurga...nak mati syahid
5. haiwan yg saya tidak suka
xda kot..sume suke..even pests and creepy crawlies..sume kan makhluk Allah jugak..
6. saya harapkan
dapat capat impian saya..![]()
7. jika boleh diputarkan masa
i will not change a thing kerana semuanya membawa saya ke masa sekarang, dan sekarang tiada yang saya regret..cume maybe do things better if given the chance..
8. saya pada 10 thn akan datang
akan tue 10 tahun..logik la kan??
9. hp saya adalah
Sony Ericsson W610i
10. saya pernah bercinta sebanyak
0 times..nak bercinta ngan sape??
11. saya suka pada
basikalku..tapi nak beli keta gak..
12. kawan2 saya
skema..haha..slau kena buli ngan gue..
13. pernah dikhianati
khianat tu berat sangat bunyik nye..dikhianati oleh musuh Islam!!
14. apa yang hendak dilakukan terhadap org yg mengkhianati anda
buat sekadar yang mampu, tapi yg pasti balasan yg setimpal akan diterimanya kelak..
15. senaraikan 8 orang untuk di tag
-afzan..kena tag balik..kuikui..
-amrah
-ciput
-nad
-zai
-zara
-zulaikha
-wani rosli
AWARD OH AWARD...
a) Copy badge "Vespa blogger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda
b)Link / ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
classmate kt uia, afzan mahmad. orangnya kecik je, tapi bukan boleh dikacau. bahaya!! haha.. masa mula2 masuk dulu xrapat sgt ngan die..tapi semenjak kelas BM ngan die jadi rapat plak..huhu
Dia ni terer giler men boling..tu la saya kata..xpadan ngan kecik..wakil negeri ke ap ntah..xingat
c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri
- nama diberi siti aminah aka min comey
-seorang yang baik dan disukai ramai orang
-setiap kali orang jumpa saya drg akan cakap i admire you la..huhu..
-sangat comel sampai sume org tanya nape xmasuk miss universe??
-increadibly amazing all the time
-anak ke 2 drpd dua..sbb tu kot saya ni best semacam
-hobi eh..klu time free tu xlain mesti tido n makan..
-suka sakat orang, tapi masih digemari..i pun pelik
-amik degree biomedic
-da kata kt award tu..ad blog yg best..wakakaka
d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda
-mada lagi..
-sri..
-oish..xdak org len kah??yana..
-sape lagik ad blog nih?? syikin
-fizah
-huda idris
okesss
Friday, June 19, 2009
Antara Dua Tok Guru
SEJAK Tuan Guru Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang memperkenalkan konsep kerajaan perpaduan, ia telah menimbulkan satu polemik seolah-olah terdapat perbezaan pemikiran yang serius antara Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Walhal, secara realitinya perbezaan pemikiran dan sikap dua orang Tok Guru ini adalah mainan media milik Umno/BN.
Kedua-dua Tok Guru sedar akan sepak terajang politik bikinan Umno/BN kerana kedua-duanya pernah mentadbir negeri. Kedua-dua Tuan Guru sedar bagaimana Umno/BN telah menganaktirikan Kerajaan Kelantan dan Terengganu.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedar (di awal pemerintahannya) betapa peritnya apabila Umno menghentikan bantuan subsidi input pertanian (baja) kepada para penanam padi yang menyebabkan Kerajaan Kelantan terpaksa mengeluarkan baja sendiri yang melibatkan kos jutaan ringgit.Tuan Guru Abdul Hadi juga merasakan keperitan apabila wang royalti petroleum ditarik balik oleh Umno dan digantikan dengan wang ehsan.
Umno meyindir begitu hebat sekali seolah-olah kerajaan negeri Trengganu pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi adalah begitu miskin sekali sampai peringkat meminta sedekah kepada Kerajaan Pusat.
Tidak mungkin kedua-dua Tok Guru lupa akan pengalaman-pengalaman pahit ini. Ini sekadar satu contoh. Banyak lagi diskriminasi yang terpaksa dilalui oleh kedua-dua Tok Guru semasa memegang jawatan Menteri Besar.
Kedua-dua Tok Guru yang warak dan begitu hampir dengan Allah senantiasa memanjangkan tangan persahabatan kepada Umno atas nama perpaduan ummah. Mereka berdua peka terhadap seruan Allah untuk ummat Islam senantiasa berpegang kepada tali Allah (iaitu Agama Islam) dan jangan berpecah-belah.
Tangan persahabatan dihulur dengan satu syarat yang amat penting iaitu perbincangan mengenai penyatuan ummah Melayu mesti menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan terpenting. Keenggangan Umno untuk menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan asas dalam perbincangan mengenai perpaduan ummah yang menyebabkan persoalan berkaitan dengan perpaduan ummah adalah persoalan yang tiada penghujungnya.
Apabila Tuan Guru Presiden melontarkan idea kerajaan perpaduan, ia menunjukkan betapa besarnya jiwa Tuan Guru Presiden yang seolah-olah bersedia untuk memaafkan Umno di atas segala kejahatan yang dilakukan ke atas beliau.
Lontaran idea ini bukan sahaja kepada Umno tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia atas keyakinan beliau bahawa sudah tiba masanya untuk Islam (melalui PAS) memimpin perubahan dan salah satu perubahan yang dimaksudkan ialah kerajaan perpaduan. Hujah ini adalah selari dengan hujah Tuan Guru Mursyidul Am.
Tuan Guru Presiden adalah ikhlas dalam mengetengahkan idea kerajaan perpaduan. Sekiranya Umno ikhlas dalam hal ini, tindakan segera yang Umno perlu lakukan ialah jangan bertanding dalam pilihan raya kecil Manik Urai pada 14 Julai 2009 nanti.
Sekiranya Umno terus bertanding, maka Umno yang sebenarnya berpura-pura mengenai kerajaan perpaduan dan bukannya kedua-dua Tok Guru yang mereka ingin lagakan.
Takrifan dan latarbelakang sejarah
Kerajaan Perpaduan dapat didefinisikan sebagai "satu kerajaan campuran yang besar terdiri dari semua parti politik (atau semua parti politik yang penting) yang berada dalam satu Dewan Perundangan (legislature) dan biasanya dibentuk dalam masa perang atau lain-lain keadaan dharurat yang dihadapi oleh sesebuah negara."
Dari takrifan ini ia memperlihatkan bahawa kerajaan perpaduan bukanlah merupakan satu struktur politik yang kekal. Ia bersifat sementara, iaitu ia diwujudkan dalam keadaan-keadaan yang kritikal (seperti semasa perang dan krisis ekonomi yang meruncing) bagi menjamin kelangsungan negara itu sendiri.
Ini bermakna perbezaan pandangan antara parti yang memerintah dan pembangkang perlu dikesampingkan. Atas dasar inilah kerajaan perpaduan adalah sebuah kerajaan yang tidak mempunyai pembangkang.
Ia boleh menjadi satu struktur politik dan pentadbiran yang kekal sekiranya Islam dijadikan bahan rujukan dalam segala aspek pentadbiran negara, atas kesedaran bahawa Islam adalah satu sistem yang syumul dan paling sempurna yang diturunkan oleh Allah untuk manusia.
Dari segi sejarahnya, penubuhan kerajaan perpaduan bukanlah sesuatu yang baru. Ia pernah ditubuhkan di negara-negara seperti Kanada, Israel, Kenya, Lebanon, Luxembourg, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Sebagai contoh, di UK kerajaan perpaduan telah ditubuhkan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Semasa Perang Dunia Pertama, kerajaan perpaduan di bawah pimpinan David Lloyd George mampu bertahan sehingga 1922.
Begitu juga semasa Zaman Kemelesetan (Great Depression) ekonomi yang menimpa dunia, sebuah kerajaan perpaduan telah ditubuhkan di UK pada tahun 1931 antara Ramsay MacDonald, Perdana Menteri dari Parti Buruh dan Parti Konservatif dan Liberal. Kerajaan ini bertahan sehingga 1945.
Terdapat juga contoh-contoh terkini penubuhan kerajaan perpaduan. Sebagai contoh, Afrika Selatan. Antara 27 April 1994 dan 3 Febuari 1997, Kerajaan Afrika Selatan telah ditadbirkan oleh sebuah perlembagaan sementara.
Fasal 88 perlembagaan sementara ini mensyaratkan mana-mana parti politik yang mempunyai 20 atau lebih kerusi dalam Dewan Perhimpunan Nasional (National Assembly) boleh menuntut satu atau lebih portfolio kabinet dan boleh bergabung dalam kerajaan yang memerintah.
Kerajaan yang ditubuh ini dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan Nasional atau Government of National Unity (GNU). Di bawah pimpinan Presiden Nelson Mandela, GNU berkembang dan berfungsi dengan baik.
Pada pilihan raya 27 April 1994, Parti Kongres Kebangsaan Afrika (African National Congress) pimpinan Mandela telah memenangi majoriti kerusi di Dewan Perhimpunan Nasional dan boleh menubuh kerajaan tanpa bantuan parti-parti lain.
Walau bagaimanapun, dua parti lain, Parti Nasional dan Parti Kebebasan Inkatha telah menerima pakai peruntukan GNU dan memperolehi beberapa portfolio kabinet.
Presiden Mandela turut mengundang parti-parti lain menyertai kabinet sungguhpun parti-parti ini tidak memperolehi 20 kerusi minima sebagaimana yang diperlukan untuk membolehkan mereka menyertai GNU. GNU bertahan sehingga 1999.
Contoh kedua ialah Israel. Israel merupakan negara moden yang paling banyak menggunakan pendekatan "kerajaan perpaduan" sebagai kaedah menyelesaikan masalah dalaman mereka.
Secara lebih spesifik, menyelesaikan pertembungan antara Parti Buruh dengan Parti Likud. Kerajaan perpaduan yang dibentuk ialah kerajaan campuran antara dua parti yang dominan ini. Terkini usaha-usaha sedang dijalankan bagi menyatukan Parti Likud dengan parti Kadima.
Berbeza dengan Afrika Selatan di bawah Mandela, kerajaan perpaduan Israel tidak menjemput parti-parti politik lain yang lebih kecil menyertai kerajaan yang dibentuk. Kerajaan perpaduan yang dibentuk di Israel mempunyai motif politik yang tersendiri iaitu hanya memikirkan survival bangsa Yahudi sahaja.
Halangan ke arah pencapaian
Bukanlah sesuatu yang senang untuk mewujudkan satu kerajaan perpaduan terutamanya dalam sebuah negara seperti Malaysia di mana nilai-nilai politiknya adalah sarat dengan nilai-nilai perkauman.
Memahami betapa terdapatnya halangan-halangan yang serius bagi penubuhan sebuah kerajaan perpaduan di Malaysia, maka Tuan Guru Presiden menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan hanya merupakan satu lontaran idea. Tidak lebih dari ini.
Sekiranya ada pihak-pihak yang berminat, maka penerokaan yang lebih mendalam terhadap idea ini bolehlah diteruskan. Antara perkara yang perlu dibincang ialah bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan yang sedia ada bagi membolehkan idea kerajaan perpaduan dipraktikkan.
Di Malaysia, antara halangan yang wujud ialah pertama, peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan dan dasar-dasar kerajaan sedia ada yang dilihat oleh sesetengah pihak (termasuk parti politik) sebagai menghalang perpaduan. Peruntukan-peruntukan yang dimaksudkan ialah: Islam sebagai agama Persekutuan; hak istimewa orang Melayu; Perkhidmatan Awam (termasuk polis dan tentera); DEB, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain. Apakah perkara-perkara ini perlu dipinda? Atau di mansuh?
Halangan kedua ialah sistem pilihan raya yang berteraskan first-past-the-post. Dapatlah dihujahkan di sini bahawa sistem pilihan raya yang berteraskan prinsip 'perwakilan berkadar' (proportional representation) adalah lebih selari dengan konsep kerajaan perpaduan.
Halangan ketiga ialah sistem Federalisme ikutan Malaysia di mana terlalu banyak kuasa tertumpu kepada Kerajaan Pusat. Apakah ini sesuai dengan perjalanan 'kerajaan perpaduan'?
Halangan ke empat ialah peranan Ketua Whip di Parlimen; ia perlu dipinda. Begitu juga dengan peranan BBC. Ini adalah kerana kewujudan institusi ini menyebabkan ahli-ahli parlimen terpaksa akur kepada keputusan partinya sungguhpun ada ahli-ahli parlimen dari parti ini tidak bersetuju dengan keputusan atau dasar yang dibuat oleh parti mereka sendiri.
Kerajaan Perpaduan: Peranan PAS
Atas sifat Islam amat mementingkan perpaduan, maka secara jangka panjangnya, PAS boleh mempelopori idea kerajaan perpaduan atas usaha dan gagasan berikut: Pertama, bergerak cergas bagi merealisasi prinsip loyal opposition.
Kedua, mengemukakan contoh-contoh dari sejarah Islam bagi membenarkan hujah bahawa merealisasi prinsip keadilan yang melangkaui pertimbangan perkauman adalah kaedah terbaik mewujudkan perpaduan nasional.
Ketiga, kerajaan perpaduan perlu berpegang kepada prinsip 'pengislahan sistem politik dan ekonomi secara progresif'.
Ke empat, pendekatan Fiqh Keutamaan (Qaradawy) sebagai rujukan asas.
Kesimpulan
Berdasarkan kepada pengalaman negara-negara yang pernah bereksperimen dengan 'kerajaan perpaduan' memperlihatkan kepada kita bahawa kerajaan ini bersifat jangka pendek dan hanya bertahan semasa negara sedang mengalami suasana yang mencabar. Selepas keadaan kembali normal, ia tidak lagi relevan.
Sekiranya PAS masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan, maka GNU pimpinan Nelson Mandela adalah model terbaik yang boleh dijadikan sebagai model dan perlu dikaji secara mendalam kesesuaiannya dalam konteks Malaysia.
Model ini sudah semestinya diterapkan dengan nilai-nilai Islam. Jangan juga lupa bahawa Sahifah Madinah yang dihasilkan oleh Rasulullah (saw) sendiri merupakan model terbaik kerajaan perpaduan. - mks.
(Penulis adalah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPPP). _
p/s: hentikan segala sepkulasi yg boleh memburukkan suasana keamanan di dalam negara ini. Hentikan memberikan pendapat peribadi secara terbuka yang boleh membawa kepada salah faham dan ketegangan di antara saudara seIslam dan seperjuangan. Berlapang dada dengan pimpinan, usah sebarkan fitnah.
Thursday, June 18, 2009
END OF CLASS
Alhamdulillah..tamat juga kelas utk short sem ni akhirnya..seronok..tapi sedey jugak..
nape sedey?? sebab lepas tu exam..ahakssemalam ada jamuan utk cikgu BM kami, Cikgu Fuziah. semenjak sekian lama dok U ni, dlm kelas ni la baru rasa balik suasana masa kat skola dulu..
seronok..hubungan antara guru dan pelajar mesra.. bukan seperti hubungan pensyarah dengan pelajar. Mungkin juga kerana bilangan pelajar kelas yang sedikit memberi pengaruh kepada kemesraan ini..chewah!!ni la cikgu ktrg..dia kata dia single lagi..ada yg berminat??ahaks..
tom yam campur
kerabu mangga
udang masak tepung
telur dadar
kailan ikan masin
desert:buah tembikai
air sirap limau
doakan utk exam hari selasa nih..dua paper dlm satu hari
9.am-LM 2016/Bahasa melayu
2.30pm-UNGS2040K/ Knowledge and Civilization
Chaiyokk!!
Monday, June 15, 2009
MUSAWAH BUKTI SIS SESAT
Usul yang dikemukakan oleh Dewan Muslimat Pas Shah Alam ketika sidang Muktamar Pas minggu lalu iaitu mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan mengharamkan Sisters In Islam (SIS) jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam mendapat perhatian ramai pihak termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain. Seharusnya usul yang dibentangkan ketika Muktamar Pas minggu lalu tidak dijadikan isu politik oleh pihak-pihak tertentu. Malah, akhbar hari ini mendedahkan tentang bantahan terhadap pengharaman SIS oleh Ketua Pemuda Umno,Wanita Umno Perak dan 322 NGO yang lain.
Tidak dinafikan sejak tertubuhnya SIS pada tahun 1998 , banyak isu yang telah dihangatkan oleh mereka yang kononnya menganggap merekalah ‘heroin’ mewakili kaum Hawa yang membela nasib wanita di Malaysia. Isu pengkid dan yoga yang dimainkan oleh SIS jelas membuktikan mereka adalah golongan yang anti-fatwa dan sekaligus melanggar syariat Islam.
Isu ini adalah soal akidah umat Islam dan bukan isu yang boleh dipolitikkan dan dipandang enteng. Saya amat kesal dengan segelintir parti politik dan NGO yang mengeluarkan kenyataan melulu tanpa melihat ‘wajah’ sebenar SIS yang bertopengkan Islam ini.
Pada 13 hingga 17 Februari yang lalu, sejumlah 250 orang peserta dari 47 buah negara berkumpul di Kuala Lumpur untuk menghadiri Musawah iaitu perhimpunan besar-besaran ‘penganut’ fahaman sesat Islam Liberal di dunia untuk mempertikaikan pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan yang telahpun dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulama’ muktabar.
Mereka yang hadir adalah tokoh Liberalis Muslim yang dipertikaikan oleh ulama’ Islam muktabar termasuklah Muhammad Khalid Masud, iaitu pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Sana Benachour (Tunisia), Hussein Muhammad (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Britain), Zainah Anwar (Malaysia), Siti Musdah Mulia (Indonesia) dan Nur Rofia (Indonesia) dan aktivis bukan Islam seperti Cassandra Balchin (UK) dan lain-lain.
Kertas kerja dan bengkel-bengkel yang dibentangkan semasa perjumpaan dilihat menginterpretasikan semula al-Qur’ān dan al-Hadīth dari sudut pandang wanita yang selama ini dikatakan bias pada lelaki. Musawah juga mengenengahkan isu hak sama rata antara lelaki dan perempuan dalam kekeluargaan Islam melalui hukum-hakam seperti poligami, faraid, ketaatan isteri, izin keluar rumah, aurat wanita, dan sebagainya. Hukum-hakam ini dipertikaikan dengan melanggar segala syariat yang dibawa oleh al-Qur’ān dan al-Sunnah. Mereka juga telah mendatangkan pernyataan bahawa al-Quran seolah-olah boleh ditafsir oleh sesiapa sahaja walaupun bukan ahlinya.
Al-Quran itu diturunkan kepada manusia dan tiada ada yang rumit untuk mentafsirnya,”
kata salah seorang jemputan hari itu. Bukankah ada ilmu khusus yang dalam memahami tafsir yang disebut ilmu usul al-tafsir yang membicarakan asbab al-nuzul, nasikh wal mansukh, muhkam wa mutashabih dan lain-lain?
Selain itu, SIS juga pernah mempertikaikan Undang-undang Kekeluargaan Wilayah Persekutuan dengan berhujah bahawa undang-undang itu menzalimi wanita. SIS juga menyokong tindakan Amina Wadud menjadi imam dan khatib pada hari Jumaat, berhujah bahawa wanita perlu mendapat hak seperti lelaki sedangkan perbuatan itu dicela oleh seluruh ulama’ dunia. Tidak hairanlah apabila Amina Wadud diberi tangungjawab mengendalikan salah satu bengkel semasa Musawah yang lalu kerana dia adalah ‘Nabi’ SIS ini.
Saya menyeru agar Majlis Fatwa Kebangsaan bertindak segera dan menyiasat tanpa mengambil peduli pandangan serta bantahan dari mana-mana pihak sama ada parti politik mahupun NGO-NGO lain. Saya berfikir hanya dengan kajian serta siasatan dari pihak Majlis Fatwa Kebangsaan sahaja mampu mengembalikan akidah umat Islam yang semakin ‘ketinggalan’. Dan jika hasil kajian dan siasatan pihak yang berkenaan benar, maka SIS perlulah diharamkan dengan serta merta.
Saya juga menyeru individu-individu, pihak kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain supaya bersama-sama dengan Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL) dalam meneruskan penentangan terhadap penularan dakyah fahaman Islam Liberal yang telah difatwakan sesat dan menyimpang daripada syariat Islam semasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ke-74 yang lalu.
Muhammad `Izzul Islam bin Hasni (Ketua Unit Pemantauan)
Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL)
Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (PUMPP)
sumber
Islam Liberal Haram atau Tidak?
Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Keputusan :
i. Gerakan pemikiran liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti berikut:
Aspek Akidah
a. Berpegang kepada Konsep Pluralisme
Konsep pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Pluralisme agama berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality). Semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.
b. Akal Manusia Adalah Wahyu
Aliran ini membahagi wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks suasana zaman.
c. Meragui Ketulinan Al-Quran
Aliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah message budaya Arab.
Aspek Syariah
a. Mempersoalkan Methodologi Pentafsiran Al-Qur’an Dan Al-Hadith
Aliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran al-Quran yang digunapakai kini. Dengan slogan “membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran”, aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.
b. Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat
Aliran pemikiran ini juga berpegang ‘membuka dan membebaskan’ tafsiran al-Quran, sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.
c. Mempertikaikan Kriteria Dan Akhlak Kenabian
Aliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasululah s.a.w. dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value). Justeru sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah mukjizat seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti.
d. Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam
Ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-tafsir, Usul al-Fiqh, Usul al-Hadith, al-Jarah wa al-Ta’dil dan sebagainya yang telah secara Ijma’ diterima sebagai metod dalam displin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia. Penentuan hukum yang telah qat’ie dan hukum yang tidak qat’ie menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.
e. Sikap Terhadap Hukum
Aliran pemikiran liberal ini mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum.
ii. Berdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam.
Sumber: Portal e-Fatwa
Fahami Kewajaran Fatwa Islam Liberal
Oleh Mohd Aizam bin Mas’ud
Mungkin sebahagian umat Islam masih belum sedar bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke 74 pada 25-27 Julai 2006 yang lalu telah memutuskan pemikiran Islam Liberal adalah sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam.
Bagi sesetengah umat Islam di negara ini, fatwa pengharaman Islam Liberal sememangnya agak kurang diketahui lantaran pengumumannya dibuat bersekali dengan fatwa pengharaman botox. Tidak dinafikan fatwa botox telah mendapat publisiti yang begitu meluas di kalangan media cetak dan elektronik arus perdana. Tambahan pula botox agak sinonim dengan kehidupan golongan artis atau selebriti kegilaan ramai. Ini sekaligus menenggelamkan fatwa Islam Liberal akibat terkesan dengan populariti isu botox yang hampir mendapat tempat di hati segenap lapisan masyarakat negara ini.
Apa yang menarik, pengharaman botox oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (JKF) mendapat reaksi yang begitu positif sehingga amat jarang sekali terdengar pihak yang mempertikai mahupun menolaknya. Ia agak berlainan pula ketika respons diberikan kepada fatwa pengharaman Islam Liberal. Kedapatan suara segelintir umat Islam yang mempersoalkan kewajarannya atas dasar ia merupakan suatu bentuk pemikiran. Pemikiran pula tempatnya adalah di akal manusia. Akal pula adalah suatu yang berbentuk rohani yang tidak boleh ditangkap atau dipenjarakan. Maka, apakah kewajarannya JKF bertindak sedemikian?
Dalam memahami kewajaran fatwa tersebut, amat tepat sekiranya umat Islam menyorot kembali saat-saat kemasukan unsur-unsur falsafah serta budaya klasik Greek dan Parsi yang pernah berlaku suatu ketika dahulu. Bahananya idealisme-idealisme sesat yang dahulu terpendam dek kekuatan zaman keemasan akhirnya muncul dan terus menjalar menembusi pemikiran umat Islam ketika itu.
Antara golongan yang paling jelas terpengaruh dengan aliran ini adalah puak Muktazilah. Mereka memiliki gagasan pemikiran berteraskan keutamaan akal dan mensekunderkan teks-teks al-Qur’an dan al-Hadith. Ini ditambah pula dengan kepesatan ahli-ahli falsafah Islam yang mentafsirkan nusus-nusus agama mengikut pendekatan akal dan falsafah.
Sebelum itu juga telah wujud aliran-aliran pemikiran kalam atau teologi Islam yang jelas terpesong daripada manhaj sebenar aqidah Islam seumpama golongan Khawarij, Murji’ah, Jabariyah, Qadariyah dan Syiah.
Serangan-serangan ideologi dan pemikiran sebegini akhirnya telah melonjakkan sebilangan tokoh ilmuan Islam di zaman itu untuk tampil ke tengah-tengah umat bagi menjelaskan ajaran Islam yang sebenar.
Lantaran itu lahirlah nama-nama besar seperti Imam Abu Hanifah. Beliau telah menulis kitab berjudul al-Fiqh al-Akbar dan juga risalah yang diberi judul al-Bahth ‘ ala al-Istita’ah Ma’a al-Fi’il. Kedua-dua karya berkenaan mengkritik penyelewengan fahaman Qadariyah dalam usaha menyatakan kebenaran ajaran yang dikembangkan oleh Ahli Sunah.
Manakala Imam Syafi’ie pula telah menulis sebuah risalah bertajuk Tashih al-Nubuwwah wa al-Radd ‘ala al-Barahimah dan Risalah al-Radd ‘ala Ahl al-Ahwa. Dari tajuk-tajuk ini jelas menampakkan usaha beliau memperbetulkan dan menolak kebatilan ajaran yang berasaskan Brahminisme dan para pengikut hawa nafsu.
Begitu juga Imam Malik bin Anas yang telah melibatkan diri dalam banyak perdebatan bagi mempertahankan ajaran Ahli Sunnah. Antaranya adalah ungkapan beliau tentang pengertian istiwa’. Beliau menjawab: Istiwa’ itu dimaklumi, caranya tidak boleh diimaginasi oleh akal, mengimaninya wajib, bertanya tentangnya tidak boleh (bid’ah).
Tidak ketinggalan juga Imam Ahmad bin Hanbal yang menamakan bukunya Risalah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Kandungan buku ini jelas menghuraikan aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dan pada masa yang sama membicarakan pelbagai golongan yang dianggap menyimpang dan menyeleweng daripada pendekatan pemikiran Ahli Sunnah.
Selain itu sejarah Islam juga membuktikan bahawa para khalifah Islam pernah mengharamkan bahkan bertindak tegas terhadap pembawa-pembawa fahaman yang menyeleweng daripada aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Sebagai contoh Ma’bad al-Juhani pengasas mazhab Qadariyyah telah dihukum bunuh oleh Khalifah Abdul Malik pada tahun 80 hijri. Pada zaman itu juga Imam Hassan al-Basri telah mengeluarkan fatwa menegah orang ramai menghadiri majlis yang dipimpin oleh Ma’bad al-Juhani sambil menyifatkan dia adalah seorang yang sesat lagi menyesatkan.
Seorang lagi pengikut mazhab Qadariyyah yang dihukum mati adalah Ghailan al-Dimasyqi iaitu pada zaman Khalifah Hisham bin Abdul Malik. Pada zaman Khalifah Hisham juga baginda telah menjatuhkan hukuman yang sama ke atas pembawa mazhab Jabariyyah iaitu Ja’d bin Dirham pada tahun 120 hijri. Jaham bin Safwan, iaitu murid kepada Ja’d bin Dirham juga menerima nasib yang sama apabila dia juga dijatuhi hukuman bunuh pada zaman Bani Umayyah atas arahan Gabenor Khurasan pada tahun 128 hijri.
Manakala pengharaman buku atau kitab, ia sememangnya tidak berlaku pada zaman awal penulisan atau pengarangan kitab memandangkan ia tidak begitu relevan untuk dilakukan oleh pemerintah. Ini kerana pada zaman tersebut belum terdapat sebarang bentuk teknologi percetakan tetapi yang wujud hanyalah penulisan berbentuk penyalinan dengan tulisan tangan. Hal ini menyebabkan pengedaran ilmu melalui kitab adalah terhad berbanding penyebaran ilmu melalui majlis-majlis menadah kitab (talaqqi).
Oleh itu tidak timbul soal pengharaman buku atau kitab di zaman Rasulullah SAW, para Sahabat mahupun di zaman Khilafah Bani Umayyah dan Khilafah Bani Abbasiyyah memandangkan tiada keperluan berbuat demikian oleh pihak pemerintah.
Namun pada zaman ini adalah menjadi suatu kebiasaan bagi institusi agama berautoriti mengeluarkan arahan pengharaman buku-buku tertentu demi menjaga kesucian pemikiran umat Islam. Sebagai contoh Institut Kajian Islam Universiti al-Azhar yang dipimpin oleh Syeikh al-Azhar sendiri telah banyak kali mengeluarkan keputusan-keputusan rasmi mengenai pengharaman kitab-kitab tertentu yang dilihat boleh membahayakan aqidah Islam di samping boleh memecahbelahkan umat Islam.
Hakikatnya, keputusan fatwa pengharaman Islam Liberal oleh JKF merupakan lambang kepada fungsi yang dimainkan oleh kerajaan sebagai pemerintah Islam yang diamanahkan untuk menjalankan amar ma’ruf dan nahi mungkar.
Bagi golongan pemerintah Islam mereka bertindak berasaskan konsep siyasah syar’iyyah iaitu demi menjamin kesucian agama di samping membangunkan urusan dunia (hirasat al-din wa ‘imarat al-dunya). Melalui konsep tersebut maka pengharaman pemikiran-pemikiran tertentu adalah salah satu cara yang digunakan oleh pemerintah demi menyekat jalan-jalan (sadd al-zari’ah) yang boleh merosakkan aqidah dan pemikiran umat Islam.
Memang diakui bahawa pemikiran adalah hak asasi setiap individu yang berakal. Ia sekali-kali tidak boleh disentuh atau diusik walau diperlaku bagaimana sekalipun. Namun bukankah dengan pemikiran lahirnya segala tingkah laku dan amal perbuatan. Jika tidak masakan hadith Rasulullah SAW mengatakan:
Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat.”
Oleh kerana itulah maka Islam sedari awal telah menolak setiap pemikiran atau niat yang menyeleweng kerana ia sudah tentu melahirkan perbuatan yang sama jua.
Sumber: Perhubungan Awam JAKIM
sumber
Pengharaman Sisters in Islam
Siri 2- Sisters in Islam (SIS)
Semasa muktamar PAS di Shah Alam, antara isu yang ditimbulkan adalah pengharaman Sisters in Islam (SIS) yang memperjuangkan fahaman Islam Liberal.
Isu ini mendapat perhatian ramai pihak termasuklah badan0badan bukan kerajaan(NGO) seperti GAMIS dan PKPIM serta UMNO yang mempunyai keahlian paling ramai di dalam SIS.
Isu ini mengisi dada-dada akhbar di mana menyatakan pendapat beberapa pihak samada yang bersetuju ataupun tidak.
Pihak yang tidak bersetuju seperti bekas mufti Perlis DR MAZA yang mengatakan beliau tidak bersetuju kerana menyekat hak untuk bersuara. Kenyataan daripada presiden GAMIS saudara Dzulkhairi yang mengatakan beliau juga tidak bersetuju kerana tindakan mengharamkan SIS hanya akan mengekalkan mereka di dalam kesesatan mereka dan tidak dapat menghapuskan fahaman Islam Liberal.
Walaubagaimanapun, pada pendapat saya sekiranya tidak mengharamkan SIS, cara apakah lagi yang boleh dilakukan bagi membendung penyebaran fahaman ini dan sekaligus menghapuskan kewujudannya di negara kita?
Di dalam berdakwah, memang difahami kita perlu berdakwah secara hikmah dan mengelakkan tindakan yang boleh menjauhkan kita daripada mad'u atau sebaliknya. Namun di dalam kes ini, sekiranya SIS tidak diharamkan, sekadar memberi kefahaman kepada masyarakat dan pengikut Islam Liberal ini adalah tidak mencukupi. Ini adalah kerana setiap kali kita memberikan kefahaman Islam yang sebenar kepada massa, akan ada pula pihak yang lain seperti SIS yang akan memberikan fahaman yang berbeza pula daripada yang sudah diajarkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Perkara ini akan menyebabkan salah faham dan penyelewengan di dalam agama terutama di kalangan anak muda yang masih mentah dan belum memahami sepenuhnya ajaran Islam yang sebenar. Maka akan menjadikan usaha memahamkan masyarakat dengan Islam sebagai usaha yang sia-sia. Seolah-olah mencurah air ke daun keladi.
Ajaran yang dibawa oleh SIS adalah jelas bertentangan dengan ajaran di
dalam al-Quran yang suci dan menyeleweng daripada Islam yang sebenar. Mengapa perlu ada persoalan mereka tidak patut diharamkan sedangkan apabila ada pihak lain seperti Ayah Pin dan kahar yang juga menyeleweng tidak dipersoalkan pun. Mengapa tiada pihak yang mempertahankan mereka bahawa mereka tidak diberi peluang bersuara dan mereka perlu difahamkan dengan islam. Mengapa ajaran mereka terus diharamkan tanpa persoalan?
Sekiranya jawapannya adalah kerana ajaran mereka merosakkan aqidah, apa bezanya dengan fahaman islam Liberal yang dibawa oleh SIS? Bukankah apabila seorang muslim itu menolak walaupun satu ayat di dalam al-Quran dikira rosak aqidahnya? Bukankah SIS pernah menyatakan bahawa islam tidak adil bagi wanita sebagai contoh Islam mewajibkan wanita memakai tudung tetapi tidak bagi lelaki? Kenyataan ini jelas mempersoalkan dan menolak ayat al-Quran!!
Janganlah kerana kepentingan politik atau peribadi kita mampu untuk memperjudikan agama yang suci ini. Setiap kenyataan yang diberikan haruslah difikirkan sedalam-dalamnya.
Untuk bacaan selanjutnya, anda bolehlah ke entri bertajuk Musawah bukti SIS sesat dan Fatwa pengharaman Islam Liberal.
Apabila Pas Diuji Media
Sejak kekalahan teruk Pas termasuk kejatuhan kerajaan Terengganu pada tahun 2004, kepimpinan Pas telah berusaha keras untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Pas. Aku masih ingat bagaimana TGHH sendiri terpaksa turun ke peringkat akar umbi untuk mengembalikan semangat dan sokongan rakyat khususnya di Terengganu yang agak trauma selepas tewas. Ketika itu, ceramah-ceramah dan program Pas agak gersang dengan hadirin. Di Kelantan sendiri, TGNA telah mengatur semula gerak kerja selepas menang tipis 2 kerusi dengan menekankan aspek tarbiyyah. Itulah komen pertama beliau selepas kemenangan tipis Pas di Kelantan.
Selepas itu, Pas meneroka medium baru untuk mengembalikan izzah parti dan jemaah serta memperkasakan media penerangan. Ketika itu, lahirnya ramai blogger. Antara yang menjadi rujukan utama ahli Pas ketika itu ialah blog Ust Nasruddin Tantawi. Sehinggalah hampir kepada PRU 12, blogger lahir bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Umno/BN (UBN) pada ketika itu hanya dapat menghidu kekuatan ini ketika masa begitu hampir dengan PRU. Akhirnya mereka mengalami kemorosotan undi dalam PRU 12 yang terburuk dalam sejarah pilihanraya negara. Mereka hilang 5 negeri, hilang majoriti 2/3 dan menteri-menteri mereka banyak tersungkur.
Selepas postmortem, kedua-dua pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang mengakui pengaruh besar media elektronik yang membawa perubahan besar politik negara sama ada daripada team blogger, portal politik, laman web dan sebagainya. UBN hampir tumbang akibat pengaruh luar biasa ini. Kini aku melihat Pas sedang diuji benar dengan pengaruh luar biasa ini. Lebih-lebih lagi sebelum muktamar ke 55 tempoh hari. Walaupun masih ada suara-suara selepas muktamar, nampaknya ia agak kurang berbanding sebelum muktamar. Bagi aku, ujian ini adalah untuk mematangkan dan menaikkan martabat Pas itu sendiri sebagaimana individu yang diuji oleh Allah adalah untuk diangkat martabatnya. Namun begitu, bukanlah maksud aku pimpinan perlu berdiam diri daripada bertindak. Sebaliknya mereka perlu berhadapan dengan tenang dan matang. Aku melihat Pas sekarang diuji dengan 2 isu iaitu Unity Government dan Dialog dengan pihak-pihak lain.
Unity Government (UG)
Ketika kekalutan rampasan kuasa di Perak, TGHH Presiden Pas telah melontar idea Unity Government kepada semua untuk dilaksanakan. Ketika itu Tun Abdullah masih lagi Perdana Menteri. Ramai yang terkeliru dengan istilah ini sehinggalah sekarang. Mereka menganggap bahawa UG ini adalah membawa Pas bergabung dengan Umno ataupun Pas menyertai kerajaan campuran Umno ataupun Pas ‘bersahabat baik’ semula dengan Umno. Termasuklah TGNA yang mungkin terkeliru dengan istilah ini apabila membuat ulasan mengenai UG ini dengan anggapan ia adalah kerajaan campuran. Ahli-ahli yang tidak bersetuju dengan UG ini bersuara melalui blog masing-masing dan akhirnya keadaan menjadi kecoh apabila dieksploitasi oleh media-media lain. Cybertroopers UBN sudah pasti telah mengambil kesempatan ini dengan menjadi batu api antara ahli yang bersetuju dan tidak. Keadaan menjadi lebih berserabut.
Selepas berbincang dengan AJK Pas Pusat, akhirnya TGHH telah menarik balik idea ini selepas PRK Bukit Gantang. Ia telah disiarkan dalam Harakah dan tvpas.com. Ketika ditanya wartawan mengenai idea ini, beliau menjelaskan bahawa dalam politik ini terdapat 4 jenis kerajaan ; 1.Kerajaan Penuh (Full Government), 2.Kerajaan Perpaduan (Unity Government), 3.Kerajaan Campuran (Coalition Government), 4.Kerajaan Yang Ada Pembangkan (Prime National). UG bukanlah kerajaan campuran kerana kerajaan campuran ialah parti pemerintah mengajak parti pembangkang dalam pemerintahan dengan syarat-syarat dan terma-terma tertentu. Pas telah berpengalaman dalam kerajaan Prime Nasional seperti yang ada sekarang, begitu juga dengan kerajaan campuran ketika zaman Dato’ Asri dahulu. Pengalaman dalam kerajaan campuran amat memeritkan Pas kerana ditendang keluar oleh UBN dengan tragis sekali.
Sudah pasti idea ini ada pro dan kontranya. Dari segi kontra, ahli Pas sehingga kini agak tidak boleh menerima idea ini apatah lagi bagi mereka yang terlibat terus dengan kekejaman UBN contohnya orang Perak yang dirampas kuasa oleh UBN. Idea ini juga masih tidak dapat difahami dengan baik oleh ahli, ini dapat dilihat apabila ada yang menentang membabi-buta idea ini tanpa merujuk kepada hakikat sebenar UG. Selain itu, ada juga pendapat mengatakan bahawa masih terdapat banyak lagi alternatif lain untuk dipilih selain UG ini seperti mengukuhkan PR dan sebagainya. Dari segi pro pula, ia dapat dilihat sebagai peluang besar untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat apabila PR diberi ruang saksama dalam kerajaan. UG ini bukanlah bertujuan untuk PR dan Pas berada dalam kerajaan, sebaliknya taktik untuk melemahkan UBN. Seperti kata TGHH, UG ini bertujuan untuk membersihkan kerajaan di mana MP UBN boleh menyanggah pemimpin mereka sendiri sekiranya tidak bersetuju dengan idea-idea tertentu. Ia juga bertujuan untuk menyeret pemimpin-pemimpin yang rasuah, korup dan sebagainya ke mahkamah. UG ini tidak boleh berlaku begitu sahaja sebaliknya perlu ada langkah-langkah sebelum terlaksananya UG seperti reform SPRM, mahkamah, ISA, kementerian-kementerian dan sebagainya. Desakan-desakan untuk reform badan-badan ini perlu disempurnakan sebelum UG dilaksanakan.
Pada dasarnya, aku cenderung kepada ‘brilliant idea’ ini. Cumanya bagiku, nampaknya idea ini perlu ditangguhkan sepertimana Pas menangguhkan idea calon bukan Islam mewakili Pas dalam PRU. Bagi aku, sekiranya idea ini dipersetujui, desakan-desakan reform itu akan dicanang dan sudah pasti desakan ini akan membawa kesan besar sepertimana desakan Bersih satu ketika dahulu. Lihatlah betapa kuatnya kesan Bersih ini.
Berdialog & Berunding Dengan Pihak Lain
Isu kedua yang hangat diperkatakan ialah isu dialog dan berunding dengan pihak-pihak lain. Perkara ini disentuh secara langsung dalam muktamar baru-baru ini di mana Pas masih lagi membuka ruang untuk berdialog dan berbincang dengan mana-mana pihak selagimana membawa kepentingan agama dan negara tetapi menolak keras untuk bersama dengan UBN. Orang-orang yang menentang pendapat ini khususnya dialog dengan UBN, menyatakan bahawa Pas tidak perlu lagi melayan UBN kerana UBN telah banyak mengkhianati Pas dalam banyak perkara. Bagi mereka, sejarah telah membuktikannya. Walaubagaimanapun, banyak pihak bersetuju dengan stand Pas untuk terus membuka pintu dialog dengan semua pihak. Mereka berpandangan kepada prinsip dakwah yang tidak membolehkan kita untuk terus menutup pintu berbicara kepada pihak lain. Lihatlah sahaja ketika peristiwa Fathul Makkah di mana Rasulullah telah memaafkan orang kafir dengan sikap berlapang dada. Kesan daripada ini, ramai orang kafir yang memasuki Islam. Begitulah jua diharapkan daripada pendekatan dakwah ini, moga ramai yang akan menerima Islam sebagai Din wad Daulah. Aku menyokong stand yang dipegang oleh Pas ini kerana inilah yang menjadi teras utama Pas diterima oleh masyarakat. Gagasan engagement yang dipelopori oleh YB Salehuddin Ayub banyak memberi kesan positif kepada Pas. Begitu juga dengan slogan Pas For All. Lihat sahaja Dato Husam yang pergi menemui Tengku Razaleigh, Chua Soi Lek dan pemimpin UBN yang lain atas kepentingan negeri Perak. Stand Pas ini perlu diteruskan.
Besatu Mengukuhkan Jemaah
Media sekarang sememangnya sedang menguji keutuhan Pas. Bagi Pas, ianya bukan sahaja perlu dihadapi oleh para pemimpinya, sebaliknya juga perlu dihadapi bersama oleh ahlinya. Ahli sepatutnya tidak mudah melatah dengan apa yang didapati dalam media. Ahli perlu menapis maklumat-maklumat. Aku melihat sekarang ada ahli-ahli Pas yang cenderung mengambil panduan sumber yang tidak boleh dipercayai sangat kerana media-media seperti Utusan, Malaysiakini dan Malaysianinsider (sekadar menyebut beberapa) adalah media provokatif yang hanya seronok jika mendapat sambutan yang banyak dari pengguna. Blog-blog yang menggunakan bahasa yang tidak elok juga patut dihindarkan kerana kita tahu itu bukan dari ahli Pas. Ahli Pas yang mempunyai blog pula, salurkanlah dengan penuh adab dan tatacara ahli gerakan Islam yang faham adab ikhtilaf dan berbeza pendapat. Janganlah diikut orang yang hanya berpegang kepada kebebasan bersuara tanpa ada batasan kerana Islam itu sendiri meletakkan kebebasan bersuara bersyarat !!
Pimpinan pula hendaklah berhati-hati menyatakan pandangan kepada media. Usahlah terlalu banyak menyatakan pandangan peribadi yang agak tidak kena pada waktu dan ketika. Cabaran dunia kini lebih rumit berbanding 5 tahun dahulu.
Sekarang majulah kita semua merapatkan saff sebagai jundi. Jangan lagi lemas dengan mainan media yang sedang menguji kita. Saya yakin Pas akan berjaya melepasi ujian ini sekiranya kita tetap dengan akhlak jemaah yang kita semua fahami.
diambil daripada sini
Unity Government
Baru baru ini telah berlangsung muktamar PAS di Shah Alam yang menyaksikan kehadiran ramai pihak. Selain daripada itu, terdapat pelbagai isu yang dibangkitkan di dalam muktamar yang sedikit sebanyak dijadikan sebagai modal oleh pihak-pihak tertentu terutamanya media bagi mencalarkan imej baik PAS di mata masyarakat.
Di sini, saya ingin berkongsi beberapa pendapat di atas isu yang dibangkitkan di dalam muktamar. Di dalam siri pertama, kita akan melihat pendapat mengenai Unity Government (UG) dan pada siri yang kedua pula mengenai pengharaman Sisters in Islam (SIS).
Diharap pembaca sekalian dapat membaca dengan hati yang terbuka dan menilai sendiri sesuatu isu itu menurut panduan yang betul dan bukan mengikut hati dan nafsu semata-mata.
Siri 1- UNITY GOVERNMENT (UG)
Bermula selepas muktamar PAS di Shah Alam, media semakin rancak memainkan isu bagi mencalarkan imej PAS. Isu yang paling hangat diperkatakan antaranya adalah isu Kerajaan Campuran ataupun Unity Government.
Selain daripada itu, terdapat juga beberapa ahli dan penyokong PAS yang menyelar tindakan beberapa pimpinan yang masih mengungkit isu bagi menubuhkan kerajaan campuran. Bukan untuk mengulas lebih lanjut apa itu UG ini, saya cuma berpendapat di dalam menghadapi kemelut dan serangan media ini, sebagai ahli gerakan Islam seharusnya mengamalkan konsep wala' dan thiqah.
Walaupun bagi mereka yang bukan daripada gerakan Islam seharusnya tahu akan konsep husnuzhan (bersangka baik). Namun, malangnya perkara yang sebaliknya yang berlaku. Semua pihak bertikam lidah dan berbalah di atas isu yang mereka sendiri tidak fahami secara dasarnya.
PAS sebagai gerakan Islam mengamalkan tiga rukun utama iaitu:
1)Qiadah
2)Jundi
3)Manhaj
Sesuatu gerakan islam itu seharusnya mempunyai qiadah yang hebat, jundi yang hebat dan wala' pada qiadah serta manhaj tarbiyyah yang tersusun.
Saya tidak ingin menyentuh mengenai qiadah(kepimpinan) kerana mereka mengetahui ruang lingkup dan tanggungjawab mereka. Namun sebagai jundi, adakah kita memainkan peranan kita seoptimum yang mungkin. Tugas kita bukanlah untuk mengkritis pimpinan(walaupun ada ruang tersebut), tetapi kita mempunyai agenda yang lebih besar lagi iaitu menyampaikan Islam kepada seluruh Malaysia dan sekiranya mampu, seluruh dunia. Sekiranya tugas itu sudah pun kita selesaikan, maka barulah perlu untuk kita menyibukkan diri mengkritis segala tindak-tanduk dan perkataan pimpinan itu.
Walaupun sebagai sebuah gerakan Islam, PAS membuka ruang bicara kepada semua pihak, seharusnya kita mempunyai adab di dalam berjemaah. Walhal sesama rakan pun kita perlu menjaga budi bicara, inikan pula sesama saudara seperjuangan tambahan pula kepada pimpinan yang mempunyai ilmu dan pengalaman lebih dari kita. Tidak perlulah kita menghentam setiap pendapat yang mereka lontarkan semata-mata berbeza dengan pendapat yang kita ajukan. Dapatkan penjelasan daripada mereka dan berlapang dada sesama kita. Bukannya dengan mengadakan sidang media dan menghentam sesama sendiri sehingga boleh mengguris ukhwah Islamiah yang dibina. Selain daripada itu, janganlah kita menjadi penyebar fitnah. Kita juga jangan cepat melatah dengan setiap yang dilaporkan di media. Pastikan kesahihannya daripada orang yang berkenaan.
Sewaktu saya menghadiri kuliah oleh Ust Abdul Ghani, beliau menyebut bahawa kita sebagai ahli, kadangkala tidak memahami dan bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh pimpinan kerana kita tidak arif dengan seni politik dan kepimpinan yang mereka mainkan. Sebagai contoh, orang yang tidak arif mengenai seni silat tidak akan faham mengapa perlu tukang silat megacah musuh dan tidak terus menyerang. Teknik mengacah yang mereka gunakan juga berbeza dan setiap satunya mempunyai sebab tertentu yang hanya difahami oleh tukang silat itu sendiri. Oleh itu, sebagai penonton yang tidak arif, tidak perlulah menjerit kepada tukang silat itu yang dia melakukan kesalahan sedangkan kita yang salah malah mengaibkan diri sendiri dengan menonjolkan kesalahan sendiri.
Dalam menjelaskan lebih lanjut mengenai isu ini, bolehlah merujuk di post Apabila PAS Diuji Media.
Thursday, June 11, 2009
BUATMU SAHABAT DAN PEJUANG

Salam. Pada hari ini, seorang sahabat saya yang pernah bersama-sama berjuang di bumi barakah Darul Quran, saudara Ammar Zulkifli telah kembali ke rahmatullah di Cairo, Egypt. Semoga roh saudaraku ini ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan dirahmati Allah swt. Al-Fatihah.
ana ambil gambar ni dari sahabat ana yg juga pelajar perubatan di mesir
Syed Muhammad
Entri kali ni, ana dedikasikan buat beliau. Walaupun ana tak berapa mengenali arwah secara peribadi, namun ana yakin dan pasti matlamat dan perjuangan kami adalah sama.
Mengalir persis titisan hujan
Air mata setia membasahi pipi
Meratapi pemergian seorang insan
Yang cukup berharga di bumi ini
Tika mentari mengucapkan salam
Angin berbunga mengusik alam
Sekurun rindu selaut teduh
Memayungi warna nestapa
Kala seribu rasa membasahi jiwa
Kuhulurkan kuntum-kuntum haruman kasturi
Di telapak syurgawi engkau bersemadi
Menyusuri akar perjalanan aku menanti
Bertemankan denyut jantung dan nafas
Bertangkaikan di cermin kesabaran
wahai sahabat..semoga kita bertemu di taman syurga.
"Dari Allah kita datang, kepadaNya jua tempat kita kembali."
~SIIRU 'ALA BARAKATILLAH~
Wednesday, June 10, 2009
TAG! YOU'RE IT!
Aduss..satu lagi tag ngarot..korang layan je la eh...layannnn...![]()
1. Besides your lips , where is the favorite spot to get kissed?
klu kena cium ngan nyamuk lagi suke klu kt tangan je..senang garu..
2. How did you feel when you woke up this morning?
malas nye nak g kelas..
3. Who was the last person / people you took a photo with?
ngan classmates![]()
4. Would you consider yourself spoiled?
yes!!very much!!
6. Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
bukan la best friend..tapi close friends..masa zaman kecik2 dulu..hingus meleleh lagik..
7. Do you want someone to be dead?
bush..sharon dan sekutu mereka!!
8. What does your last text message say ?
blh..insyaAllah..(blh ap??xtau..)
9. What are you thinking right now ?
nak cari contoh utk report esk ktne eh??
10. Do you want someone to be with you right now ?
yess...sbb tu nk balik umah sok..wakaka..
11. What was the time you went to bed last night ?![]()
1 am..kelas kul 8pg woo..kena tido awal..
12. Where did you buy the tee you are wearing now ?
kt DQ..masa majlis sukan..
13. Is someone on your mind right now ?
hmm...ada2..
14. Who was the last person who text you ?
my friend..faimah amirah..
TEN Lucky Person to do this quiz.
bg kt org yg xpenah bg tag lah..
1. izati masri..my junior
2. amrah..junior jgk
3. azwa..junior lagik
4. aisyah yusof
5. fizah hasyudeen
6. hanis..junior lagi dan lagi
7. nana..list membuli junior..
8. asy
9. ciput
10. shidah..
**senang cite majo junior
15. Who is no.2 having a relationship with ?
xdak la..sume dlm list ni dak baek2..
16. Is no.3 a male or a female?
female..maleh nk kasik kt laki
17. If no.7 and no.1 get together , would it be a good?
aii..awal2 da bgtau sume pompuan..buang tebiat??!!
18. What is no.1 studying about?
dia amk biosc kt matric uia pj skrg
19. When was the last time you chatted with them?
lama da..ad jgk yg baru2 nih..
20. Is no.4 single?
ye..ye..sume single and ready to mingle...eik..salah2..![]()
21. Say something about no. 2.
junior masa kt skola dulu..muda sthn jek..masa kt skola dia nakal..haha..xtau la skrg cmne..baek da kut..dia skrg study kt korea..klu chat ngan dia kuar la bahasa2 yg pelik n xdifahami tuh..^_^
22. What do you think about no.3 & no.6 being together?
aii..soklan pelik lagi..xnak jwb r..
23. Describe no.9.
hoho..dia antara yg dpt straight A1 SPM hari tuh..hebat kn??maksudnye dia pandai..akan melanjutkan pelajaran ke luar negara..seorang yg baik yg amat...malu rasa...ap lagi nak ckp?? lbh2 kang kembang plak dak nih..=p
24. What will you do if no.6 and no.7 fight ?
ohh..jangan2..hentikan persengketaan ini...
25. Do you like 8?
mesti la..klu x lama da buat2 xkenal.. ^_^![]()
orait..that's all..letih da layan tag ngarot nih..chow!
Monday, June 8, 2009
Tenggol Island
Salam. Sambungan daripada post sebelum ni. Maaf atas kelewatan posting kerana ada masalah connection. Pulau la katakan..
nek bot dia cm roller coaster..sape yg xbiasa nek roller coaster mmg akan muntah..uwekk.. mmg thrill gilerr..
da sampai..alhamdulillah..
ni tmpt penginapan kami..
satu bilik ada 1 queen size bed, dlm blk saya n kakak saya ad 1 xtra single bed
besar..boleh muat satu family of 5/6gambar pemandangan dari bilek...
betapa jernihnya air laut kt pulau ni..
gambar favku..waahh..divine..!
cantik kan? tengok la siapa yg tangkap..ni gambar nak g scuba dive..
ni gambar jarak jauh..
ni gambar jarak dekat..gambar die merah sbb
kamera yg digunakan ni utk underwater pic..gmbr bwh laut baru cantik..dlm gambar ni nmpk je cm cetek..
tapi sebenarnya bwh tu dalam die lbh 5 meter..
(bersamaan tinggi rumah)
sebenarnya banyak lagi gambar xupload..banyak sgt..cukup la ni je ek..yg len2 tu utk org terdekat je..tgk dari notebook..chow!
p/s: gambar2 dalam ni live and original. no editing or superimpose actions. Sumenye utk menghargai khazanah alam dan ciptaan Allah swt.









